August 1, 2013

Resepi : Kek Pisang Kurma Super Sedap


Assalamualaikum..

Selamat petang ibu ibu bapak bapak... Tengah buat apa?? buat kuih raya ke?? hahaha... melalut sekejap akibat terkejut angin kuat sangat malam tadi... Mana tak yer sampai koyak langsir bilir tidur kena kipas.. Menakutkan.. nasib baik la tak runtuh kipas masa tu.. Kalau tak tak raya la jawab yer..

Dekat rumah sewa saya dulu masa belajar dekat Terengganu, ada banyak lebihan kurma masa bulan puasa.. Lepas puasa jumpa puasa balik.. jadi hari ni saya nak kongsi satu resepi... Memandangkan dan sememangnya patut dipandang... Hehehe.. Raya nak dekat... Lepas tu ada lebihan kurma yang banyak dalam peti ais tu... Tak tahu nak buat apa.. dan lebih baik kita jadikan satu hidangan untuk disajikan kepada tetamu di hari raya nanti.. Senang je resepi ni.. Let's go!!!



Kek Pisang Kurma Super Sedap




Antara bahan-bahannya ialah:

200 gm mentega
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
2 biji pisang embun - dilecek
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
2 sudu besar susu
Sedikit esen vanila
2 biji kurma - dipotong halus

Cara menyediakan:

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2. Masukkan telur, sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.

3. Masukkan sebahagian tepung dan diikuti pisang lecek.

4. Gaul bahan-bahan ini perlahan-lahan.

5. Masukkan sebahagian lagi tepung dan kurma.

6. Gaul hingga kesemua bahan bercampur.

7. Akhir sekali, masukkan susu dan esen vanila.

8. Gaul kesemua bahan hingga rata.

9. Masukkan adunan ke dalam acuan panjang yang dialas kertas surih dan disapu mentega.

10. Bakar sehingga masak.


Dah siap!! Sekarang boleh la hidangkan.. tapi tunggu waktu berbuka dulu yer...



Thanks for readings!!

No comments:

Post a Comment