June 27, 2015

#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Anda


Assalamualaikum semua..



Selamat berpuasa, even hari ni dah hari yang ke dua belas dah kita di bulan ramadhon....

So far, tahun ni paling best sebab satu family lengkap ada kat rumah.. mak, ayah, aku, dan dua orang adik tersayang, yani dan linda... Alhamdulillah kesihatan  mak pun makin baik, next check up bulan lapan nanti.. Memandangkan dah lama tak update blog, aku nak join satu cabaran iaitu #Cabaran20HariPuasa/Raya2015 ... harap-harap dapat istiqamah lah yer.. almaklum, curi-curi update blog waktu lunch hour kat ofis.. Jangan bagitau bos i ok!!





#Cabaran20HariPuasa/Raya2015
27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 


27 Jun 2015 - Apa Erti Puasa Pada Anda


Pada aku erti puasa selain dari apa yang dituntut dan tertulis di dalam Al Quran iaitu menahandiri pada waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa dalam pada yang sama mendidik sifat sabar dalam diri kita..Selain itu, dengan berpuasa kita juga dapat menyelami sedikait sebanyak bagaimana keadaan saudara islam kita di Syria yang tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman yang cukup.. 





No comments:

Post a Comment