June 29, 2015

#Cabaran20Hari - Resepi Hidangan Sahur


Assalamualaikum...


Cabaran hari ini, resepi hidangan sahur.. sahur dalam hidup aku memang wajib la ada nasi.. lauk pulak tak kisah la.. yang ada dalam peti ais tu la yang di masak.. tapi biasanya kurang pedas, takut nanti sakit perut keesokkan harinya..ok, resepi ni sebenarnya main bubuh apa yang ada jer...


Ayam Masak Lemak Tak Pedas Pun?

(nak ganti dengan udang, sotong atau ikan pun boleh..daging tak pernah dengar lagi..)

*portion ini untuk 5 orang




Bahan-bahan

5 ketul ayam (ikut suka nak besar mana)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 cm halia
sejemput/segenggam ikan bilis (nak letak kuib pun boleh)
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
gula dan garam secukupnya
asam keping
minyak untuk menumis...


Cara-caranya

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia dalam lesung sehingga lumat.. bunyi lesung baru ekstrem anak dara nak memasak.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai naik bau..
4. Kemudian masukan ayam dan kacau supaya rempah tu masuk dalam ayam..jangan lama-lama.agak-agak jer..
5. Masukkan santan cair..tunggu sampai ayam dah empuk masukkan santan pekat..
6. Renehkan dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak.
7. Masukkan asam keping dan perasakan dengan gula dan garam..
8. Lepas dah puas hati dengan rasa dia tu. tutup la api.. Siap!





p/s : masukkan daun limau purut supaya wangi dan lada merah untuk hiasan.resepi ni confirm tak pedas...





















No comments:

Post a Comment